Shell Motorsport Remote Control Collection dilancar di Malaysia – bermula RM30, dari 8 Okt hingga 8 Dis


Shell Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan koleksi terbaharu untuk kereta mainan yang akan dijual di stesen-stesen mereka di seluruh negara, kali ini digelar sebagai Shell Motorsport Remote Control Collection.

Seperti namanya, koleksi kali ini melibat kereta-kereta mainan yang boleh dimain menggunakan kawalan jauh, dan bukan sekadar model skala yang hanya mempunyai mekanisma pull back seperti koleksi-koleksi Shell sebelum ini. Malah ia juga bukan eksklusif hanya menampilkan kereta-kereta dari Ferrari, sebaliknya lebih meluas membabitkan kereta-kereta lumba pelbagai jenama yang berlumba di pentas antarabangsa yang ditaja oleh Shell.

Sebanyak tujuh model berlainan ditawarkan untuk Shell Motorsport Remote Control Collection ini, dan seperti biasa setiap kereta tersebut tidak akan dijual serentak, tetapi akan dikeluarkan satu persatu mengikut minggu yang ditetapkan, bermula 8 Oktober sehingga 8 Disember.

Model-model yang ditawarkan termasuk jentera F1 Ferrari SF90, BMW M4 Motorsport yang berlumba dalam perlumbaan DTM di Jerman, Nissan Formula E Gen 2 Car, Hyundai i20 Coupe WRC yang digunakan dalam Kejohanan Rali Dunia dari 2017 hingga 2020, Ford Mustang GT Shell V Power Racing Team yang berlumba dalam siri Supercar Australia, kereta lumba Indycar Team Penske dan juga Ford Mustang Team Penske yang berlumba dalam siri Nascar di Amerika Syarikat.

Kesemua kereta ini dibangunkan bersama BrandBase dan menggunakan bateri pintar membolehkan ia dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar menerusi hubungan Bluetooth, dan semestinya ia menerima lesen rasmi dari pengeluar dan pasukan. Jadi ia menampilkan rupa yang agak realistik dengan badan dari material diecast, dihasilkan dalam skala 1:41.

Macam mana nak dapatkan koleksi ini dan berapa harganya? Untuk mendapatkan kereta asas, anda perlu mengisi minyak dii Shell sekurang-kurangnya RM50, dan kereta berkenaan boleh dibeli dengan harga hanya RM30. Namun kereta asas berkenaan tidak datang sekali dengan bateri Bluetooth yang membolehkan anda menghubungkannya dengan aplikasi telefon pintar, dan anda perlu menambah lagi RM30 bagi mendapatkan bateri berkenaan.

Tetapi sekiranya anda membeli minyak pelincir Shell Helix 4 Liter, anda akan menerima Ferrari SF90 secara percuma dan eksklusif lengkap dengan bateri Bluetooth. Dan sekiranya anda mengisi minyak Shell V-Power Racing sebanyak RM80, anda akan menerima kotak eksklusif Shell Motorsport Remote Control Collection dengan tambahan RM80.

Sempena pelancaran koleksi terbaharu ini, Shell akan menganjurkan satu acara di KL Sentral bermula 17 hingga 23 Oktober dan Mid Valley Megamall bermula 26 hingga 30 Oktober. Dalam acara berkenaan, orang ramai berpeluang mencuba kesemua tujuh kereta kawalan jauh dalam koleksi ini di atas litar lumba yang akan disediakan. Replika jentera lumba Hyundai i20 WRC juga akan dipamerkan pada acara-acara tersebut.





Source link

Denial of responsibility! galaxyconcerns is an automatic aggregator around the global media. All the content are available free on Internet. We have just arranged it in one platform for educational purpose only. In each content, the hyperlink to the primary source is specified. All trademarks belong to their rightful owners, all materials to their authors. If you are the owner of the content and do not want us to publish your materials on our website, please contact us by email – [email protected]. The content will be deleted within 24 hours.

Leave A Reply

Your email address will not be published.