Honda CR-V 2023 – teaser model generasi ke-6 disiar!


Selepas imej penuhnya tertiris tempoh hari, Honda kini telah menyiarkan imej teaser rasmi bagi Honda CR-V generasi baharu, menandakan pendedahan sebenarnya untuk peringkat global akan dibuat tak lama lagi. Walaupun kita sudah melihat rupa penuh SUV ini melalui imej yang bocor sebelum ini, imej teaser rasmi yang disiarkan ini mendedahkan beberapa petunjuk berkenaan perincian sebenarnya.

Dalam teaser yang disiarkan oleh American Honda Motor Co ini, CR-V generasi keenam berkenaan hadir dengan warna badan biru gelap. Apa yang menarik, ia turut menampilkan emblem Hybrid yang diletakkan di bawah emblem CR-V di belakang. Menurut Honda America, CR-V ini bakal menampilkan sistem hibrid yang lebih canggih untuk pemanduan yang lebih sporty.

Bagi CR-V pasaran Amerika Syarikat sedia ada, ia sudahpun ditawarkan dengan sistem hibrid yang menggunakan sistem Intelligent-Multi Mode Drive (i-MMD). Sistem berkenaan menampilkan enjin 2.0 liter yang bertindak hampir sepenuhnya sebagai generator untuk mengecas bateri, manakala roda hadapan hampir sentiasa dipacu oleh motor elektrik.

Dengan kenyataan yang menyatakan sistem hibrid lebih canggih akan diberikan kepada CR-V generasi baharu ini, ia mungkin bermaksud CR-V bakal menerima sistem plug-in hybrid dengan bateri yang lebih besar serta membolehkan ia bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya tanpa enjin petrol dihidupkan dalam jarak lebih jauh.

Model generasi kelima CR-V sebelum ini telah pun diperkenalkan dalam versi plug-in hybrid dengan bateri 17 kWj yang membolehkan ia bergerak hanya dengan kuasa elektrik sejauh 65 km (kitaran WLTP), namun ianya hanya untuk pasaran China. Jadi berkemungkinan sistem plug-in hybrid berkenaan akan ditawarkan untuk pasaran global bermula dengan CR-V 2023 ini.

Imej ini juga mendedahkan bagaimana rupa jalur-jalur LED pada lampu nyalaan siang dan juga grafik pada lampu belakang ketika ianya dihidupkan. Secara keseluruhan, CR-V generasi baharu ini direka dengan konsep garis badan sama seperti HR-V generasi ketiga.

Imej Honda CR-V generasi keenam pasaran China (atas kiri dan kanan) dan juga lukisan paten yang tertiris sebelum ini

Antara perincian yang diberikan pada rekaan terbaharu ini termasuk muncung hadapan yang kelihatan lebih tinggi dan ‘tegak’, lampu hadapan yang direka nipis dan tirus, gril hadapan yang lebih bersegi serta diberikan kemasan berbentuk-L pada kedua-dua sisi bampar hadapan.

CR-V generasi keenam ini masih diberikan lampu belakang berbentuk-L, namun rekaan baharu yang diberikan membuatkan ia nampak seperti sebuah model dari Volvo. Model generasi baharu ini turut menerima perumah tip ekzos yang disekalikan pada bampar, berbeza dari model sebelum ini yang menampilkan tip sebenar diletakkan di bawah bampar.

Tiada perincian lain diumumkan oleh Honda termasuk bila tarikh sebenar model ini akan didedahkan sepenuhnya. Buat masa sekarang, apa yang anda rasa berkenaan CR-V generasi baharu ini? Lebih cantik dari model sebelum ini atau sebaliknya?





Source link

Denial of responsibility! galaxyconcerns is an automatic aggregator around the global media. All the content are available free on Internet. We have just arranged it in one platform for educational purpose only. In each content, the hyperlink to the primary source is specified. All trademarks belong to their rightful owners, all materials to their authors. If you are the owner of the content and do not want us to publish your materials on our website, please contact us by email – [email protected]. The content will be deleted within 24 hours.

Leave A Reply

Your email address will not be published.